Dimaklumkan bahawa terdapat gangguan teknikal yang major ke atas sistem dan aplikasi ePBT di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Sehubungan dengan itu, pentadbiran Teknologi Maklumat akan menutup sistem ePBT MBIP selama tempoh 24 jam bermula serta merta bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaran dilaksanakan oleh pasukan teknikal MSC Cyberport dan Jabatan Teknologi Maklumat MBIP.
Semua urusan dan transaksi sistem ePBT adalah diarahkan untuk direhatkan dalam masa tersebut. Urusan yang terkesan termasuklah :
1. Sistem kutipan kaunter di pejabat MBIP dan cawangan.
2. Semua modul operasi pejabat dalam ePBT seperti modul Kewangan, kompaun, modul sewaan kekal, penilaian, cukai dan lesen.
3. Semua sistem yang berintegrasi dengan ePBT (bilpelbagai) seperti ePerolehan, Mycukai, sewaan, Jompay, Johorpay dan lain-lain.
4. Semua bayaran/terimaan/transaksi atas talian yang melibatkan sistem ePBT.
Dirujuk untuk makluman semua.
Daripada :
Jabatan Teknologi Maklumat
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
2 Julai 2026, 9.30pagi